Rabu, 2 Mac 2011

silakan,terus prejudis.

saya pakai kemeja ada "polka dot" warna merah.

kamu yang bernombor satu :

"hey ulos~~ketinggalan zaman lah!"

kamu yang bernombor dua :

"wah~~yu ni pencetus gaya lah!"

kamu yang bernombor tiga :

"buang tebiat?? nak mampus??"

kali terakhir saya ingat punca saya pakai baju adalah untuk tutup aurat dan melindungi keseksian saya.

hari ini,

untuk menilai seseorang bermula dengan apa yang mereka pakai.

hebat.

esok saya hendak pakai tudung yuna.

.
.
.
.
penghargaan :

pagi buka emel ada 40 yang baru masuk.

38 daripada makcik azie.

terima kasih makcik.

kerana sudi komen banyak-banyak dalam satu malam.

*air mata.hidung,telinga dan mulut keluar mengalir serentak.


sedap itu kadang-kadang perlukan pertolongan.

Selasa, 1 Mac 2011

lupa itu adalah sesuatu yang kompleks. (cerita satu lagi)

uhh...

panas,

panas,

panas,

panas!!!

sambil membuat aksi ayam sedang mengepak sayap.

kamu kenapa?

tanya perdu pokok serai itu kepada saya.


panas!!!

PANAS!!

masuk kereta ,

buka pendingin hawa ke tahap maksima.

tepat menuju ke arah bawah lengan.

ahh...

lega.

lupa dan lalai saya makin serius.

pelega sengal otot saya sangkakan ubat ketiak.

PANAS!!

dipengaruh oleh yang terpengaruh.

rejabhad,

rasyid asmawi,

jaafar taib,

fatah ngah,

zainal buang hussein,

ambo,




sekadar menyebut beberapa nama.

mereka yang saya cakap itu pemangkin minat saya membaca.

mereka tidak slapstik,

mereka tidak membodohkan saya.

mereka punca saya tidak suka bersukaria di jalanan,

mereka punca saya jarang bosan.

mereka ajar saya jadi sarkastik dan sinikal.
.
.
.
"cikgu kamu kah?"

bukan sayang,

kalau kamu sama minat dengan saya mungkin kamu kenal mereka..

dan saya pasti encik gedek kenal mereka juga.

*pembelajaran secara visual semasa kecil adalah menyeronokkan tahu!.

oh terima kasih pakcik.

fakta :

1.dato lat dan  mamat khalid adalah adik dan abang.

2.imuda juga adalah seorang kartunis.