Isnin, 16 April 2012

sepikah?

selepas kahwin,

kehidupan saya berkisar tentang keluarga sahaja,

anak-anak dan isteri-isteri.

kelapangan saya banyak habis dalam internet,

sedang saya bersidai dekat muka buku,

perhatian saya ditarik,

"sipolan with sipolan at sekian tempat"

status jenis itu berleluasa dekat dinding saya.

seronok tengok kawan-kawan bersosial di dunia luar dengan kawan masing-masing.

saya hela nafas pendek,

saya kaku sekejap.

mengingat kembali bila kali terakhir saya ada kawan karib dan bersosial dengan mereka.

memori saya tidak dapat memberi tarikh dan tempat kejadian yang tepat.

yang saya ingat,

kali terakhir saya keluar dengan seorang kawan untuk bersosial,

adalah semasa sebelum saya jadi suami mamaAiAi.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
saya kabur dengan perasaan sendiri.

antara kesunyian dengan kebosanan,

saya tidak tahu yang mana satu saya ini sekarang.

kemudian saya dakap internet,

internet cuma diam,

seperti saya juga.



rezeki pagi isnin,

jaga dekat pejabat saya bagi.

dari melaka,

bakal terus ke perut saya dan keluarga.

masak lemak cili api daging salai malam ini,

maka terliur lah kamu-kamu semua.

44 comments

16 April 2012 pada 8:58 PG

sy tgk kwn2 sy yg da kawen pon mcm tu jg

16 April 2012 pada 8:59 PG

bila dah kahwin..bagi suami kena pandai la bahagikan masa antara kawan dan juag keluarga..
bagi isteri..apa jua yang dilakukan perlu mendapat keizinan dari si suami terlebih dahulu...
selamat hari isnin =)

16 April 2012 pada 9:00 PG

hurm..begitu juga suami saya!
suruh keluar beriadah dgn kawan-kawan dia tak mahu jadi mari berkepit dgn ku saja laaa...hahahaha...

16 April 2012 pada 9:05 PG

kali terakhir saya melepak bersama rakan-rakan seperjuangan adalah seminggu sebelum saya beranak iaitu 4tahun yang lepas.... :)

16 April 2012 pada 9:27 PG

Takpa...
Bujal dah ada 3 harta yg tak boleh dibeli dgn wangringgit..
Kasih sayang mama ainul dan 2 anak dara....

16 April 2012 pada 9:32 PG

rilek la... anak kecik lagi... nanti diorg besar sket... pegi la berhoray-horay balik dgn MamaAiAi... mesti dia pun suke... ;p

16 April 2012 pada 9:37 PG

Bujal, sy pun dah lama tak bersosial dgn kwn. Klu ade pun, lunch time weekdays time keje. Hehehe...

16 April 2012 pada 9:39 PG

biasa la bila dah kahwin tak sikit banyak mesti la ada perubahankann...

nnt bila anak2 dah besar byk masa semuala tau..

16 April 2012 pada 9:40 PG

Lebih baik kamu jangan bersosial kalau itu akan membuat kamu terjebak dengan benda2 yang soooo... si*l!!! (~_*)

16 April 2012 pada 9:42 PG

daging salai kah ituu???

rinduuu kt masakan mak mertuaa...huhuuu

16 April 2012 pada 9:59 PG

sy sejak kawin mmg kehidupan sy berkisar rumahtangga, anak dan suami..lagilah sy surirumah.


tp suami sy masih keluar lepak-lepak dgn kawan-kawan dia..masih keluar main futsal..main bowling. Kadang-kadang dia ajak juga sy tp sy yg malas.

16 April 2012 pada 10:21 PG

normal kot kan..alam rumah tangga.. kalau dah kawin pun asyik nak berkepit dengan kawan kawan pun kesian juga isteri dan anak anak..apa pun..paling baik kalau dapat membahagikan masa depan baik..

tapi lumrahnya memang kalau dah kawin masing2 sibuk dengan komitmen..

16 April 2012 pada 10:21 PG

daging masak lemak cili api lebih membahagiakan dari bersosial dengan kawan2... ye tak???

16 April 2012 pada 10:29 PG

daging salai...lamanya tak makan..tentu kamu akan lupakan bersosial itu bila pekene daging salai lemak ciliapi mlm nnt...

16 April 2012 pada 10:31 PG

AiAi ada apa nak sunyi dan boring lagi... Big Ai lagilah dah cerdik. Little Ai tak kurang juga...

16 April 2012 pada 10:46 PG

Gulai daging salai?
campor dengan apo?
pucuk ubi,terung telunjuk @ belimbing buluh...?
yummmyummmm...!

16 April 2012 pada 10:46 PG

Gulai daging salai?
campor dengan apo?
pucuk ubi,terung telunjuk @ belimbing buluh...?
yummmyummmm...!

16 April 2012 pada 10:54 PG

family 1st!!!

16 April 2012 pada 10:54 PG

ada masa terluang koling2 je rakan..
lepak sekali dua tak salah kot

16 April 2012 pada 11:18 PG

itu bahagie namenye.. :)
kejam tau tayang itu daging..

16 April 2012 pada 11:25 PG

Rasanya MamaAiAi tak kisah kot kalau bujal nak keluar merambu.
Tapi sebagai suami mithali mesti bujal kisah sebab kena tinggalkan MamaAiAi dan anak-anak di rumah
:) sy memang terliur dengan lauk tu

16 April 2012 pada 11:37 PG

sila lah bersosial .. asalkan jgn over.

16 April 2012 pada 11:39 PG

samalah macam saya... dah tak ingat bila masa bersosial dgn kawan2... herm.. last masa sebelum kawen kot..

16 April 2012 pada 11:59 PG

itew kan kawan abam bujal. tamo cedih cedih

16 April 2012 pada 1:02 PTG

suami saya pun macam kamu, pergi kerja balik rumah... tidur, bangun pegi kerja semula kemudian balik rumah. Tau tak saya naik boring gak tengok suami duk menepek je kat rumah tak mo keluar bersosial, jawab suami saya nak buat apa keluar bukan best pun, lepak tengok tv sambil main ngan anak2 lagi bagus tu jawabnya.
nak tengok suami saya bersosial bila kawan2 lama datang KL baru la dia keluar tu pun duk melepak minum2 kat kedai je.

16 April 2012 pada 2:11 PTG

rasa bila dah kawin persepsi itu akan berubah kepada keluarga...

16 April 2012 pada 2:25 PTG

sesekali tak salah keluar bersosial dengan kawan2 beb...
dah berkahwin tak semestinya melupakan terus kawan2 yg sebelum ni selalu jadik peneman kita...

16 April 2012 pada 2:29 PTG

jaga...terasa plak aku bujall..sebab keja aku pun macam jaga,aku penjaga kaunter haha

16 April 2012 pada 2:41 PTG

semalam tengok taste of indonesia kat AFC ...masak lemak daging salai.... meleleh ayaq lioq aihhh

16 April 2012 pada 9:44 PTG

Sy berpendapat lbh baik suami spend byk masa dgn famili,tlg isteri lbh2 lg kalo dh ada ank.berat t/jwb bila dh berkeluarga & isteri bkn larat nk buat semua benda seorg diri.ckp2lah masa bjg dulu,sekali sekala blhlah nk melepak.kalo selalu tuh mmg x patut!!!

16 April 2012 pada 10:59 PTG

mcm tak best jerk..haha

17 April 2012 pada 9:30 PG

hidop uncle berkisar di antara keluarga dan belog matcham-matcham...

17 April 2012 pada 10:24 PG

sampaikan salam saya buat anak2 dan isteri-isteri..
opssss isteri saja:)

hehehe

17 April 2012 pada 12:24 PTG

jgn sedih2.. ada macam2 cara nk hepi2 ngan bersosial.. family lebih utama...

17 April 2012 pada 8:21 PTG

Jgn main-main dgn sepi.... Ahaha...


MamaAiAi mesti bahagia pasal kamu sentiasa disisi ( tul kan mamaAiAi?)

18 April 2012 pada 2:27 PTG

tgk la kartun!

18 April 2012 pada 10:06 PTG

sedang bermula berkawan2...

19 April 2012 pada 9:40 PG

betul.. bila teringat balik.. rasa dah lama tak jumpa rakan-rakan.. tapi tak bermakna terus melupakan kenangan antara mereka..

daging salai.. eem.. sedapnya kalau dapat.. terliur sungguh dibuatnya..

19 April 2012 pada 3:08 PTG

takpe.. Masa yang diberikan utk keluarga lebih bermakna dan besar pahalanya berbanding dgn masa utk org lain
:-)

19 April 2012 pada 5:15 PTG

Macam mana awak dakap internet?..cer buat sekali lagi

21 April 2012 pada 2:28 PG

emm..tak tahu nak komen apa sebab tak kawen lagi, so tak dapat share feeling tu, hee~ ;D

21 April 2012 pada 2:21 PTG

Kak Aina bersosial dengan kawan2 hanya waktu kerja. Jumaat kerja separuh hari so that time ambil peluang lah...hoyeyyyy... Nak separuh hari jom join kak Aina.

23 April 2012 pada 11:34 PG

sekali sekali gi la lepak ngan kawan2.. tak salah.. tapi jangan le lama2 lupa diri lakk.. hee..

30 April 2012 pada 10:33 PG

ok fine! terliur!

Catat Ulasan