Isnin, 9 April 2012

ahad pagi.

"kita ni datang nak bagi sample penapis air ni bang.abang try dulu pastu baru fikir nak beli atau tak.kita tak paksa.."

saya cakap tidak mahu.

kemudian jurujual cakap tentang kepentingan air bersih.

punya lah lama dia bersyarah.

saya bosan.

"saya 28 tahun hidup belum pernah lagi masuk hospital sebab mandi minum air paip kat selangor ni.."

jurujual diam sekejap,

kemudian jurujual sambung syarahan,

saya tambah bosan.

"saya cakap saya taknak bang.abang sembang kencang macam la punca air kat rumah saya ni datang dari longkang.abang jangan risau,saya baca bismillah masa guna air kat rumah saya ni.

jurujual angkat tangan,

jurujual berambus.

bagus.
.
.
.
.
.
.
.
.
lain kali datang jual makanan,

baru saya layan sepenuh hati.



saya sampai sekarang tidak faham kenapa orang beli penapis air harga sampai ribu-ribu.SYABAS cakap penapis air biasa pun sudah cukup bagus sebenarnya.

~aisyah irdina,24 hari~

44 comments

9 April 2012 pada 9:01 PG

Amboi... sicomel itu sedah pandai menongkat dagu. :)

9 April 2012 pada 9:06 PG

Sebijik mcm muke kakak die la Bujal. Tgu 2, 3 minggu lagi. Tgk muke sape lak. Heheheheh...

9 April 2012 pada 9:07 PG

Comel comel comel :)

9 April 2012 pada 9:08 PG

Kakak tapi memang guna penapis air bujal..

Rasa bagai baru lahir dah 24 hari. Cuba baringkah sebelah-menyebelah dgn kakak dia... kakak nak tengoklah:)

9 April 2012 pada 9:08 PG

adat berniaga, mula2 kata '5 minit jer'.. alih2 berejam-rejam..

pastuh memula kata x beli pun x per.. alih2.. kene kondem itu ini.. huhuhu

nway, seb bek lah ada muka bby yg comel tuh~ ..muehehee

9 April 2012 pada 9:14 PG

uncle tekad nak beli juga penapis air yang mahal tu supaya jiran2 uncle kata uncle kaya...

9 April 2012 pada 9:18 PG

ahai, aisyah dah pandai tongkat dagu. kakak ainul mane?

9 April 2012 pada 9:27 PG

macam ipin la ank ko ni bujal...

:)



.

9 April 2012 pada 9:32 PG

wa pakai penapis air yg harganya kat luar 1k++. en. suami beli ngn member dia yg merupakan supplier filter air dalam 300 je. member dia ckp... sume filter sama. depa tukar cap jek & up harga berkali2 ganda. kesian mereka yg tertifu....

9 April 2012 pada 9:34 PG

dulu... tak pakai penapis air, kat bahagian dasar jag air ada keladak kaler kuning (walaupun air dah dimasak)... lama-lama dasar jag air tu kuning terus... bila cuci diberus baru hilang...

skrg... dah pakai penapis, dah tiada keladak... tapi nak maintenance penapis air pun sakit jugak :(

mampu beli penapis air yang biasa-biasa je... tak mampu yg ribu-ribu... janji air minum saya takde keladak - ok la tu... ;p

9 April 2012 pada 9:39 PG

baru ni dah keluar kat paper, guna penapis air lagi memudaratkan. Air paip walaupun takde penapis dah selamat diminum.

Akak pun tak faham kenapalah orang sanggup beli penapis air yg harga ribu2 tu ya??

9 April 2012 pada 9:40 PG

hehehehehe
bagus gak jawapan ni
kena praktik ni
comel baby =)
salam singgah

9 April 2012 pada 9:47 PG

mengancam punye pose.. hehehe

9 April 2012 pada 9:52 PG

org berbisness.. cam tu la nk trik p'beli..


alalala tomeynye irdina..

9 April 2012 pada 10:02 PG

hahahah ...

kantoi mamat tu ...

9 April 2012 pada 10:07 PG

kalu nk jawapan nyer cari kt blog aidi muaddib...

9 April 2012 pada 10:12 PG

Kak Aina guna Panasonic je harga tak sampai Rm100 just nak tapis air yg kuniing sikit tu pas tu masak utk minum...:)

9 April 2012 pada 10:15 PG

suami saya beli gak penapis air ni..ribu2 gak..sy pun heran kenapa..tp itulah yg dia paling obses pun..sbb dia mmg suka minum air masak..lepas dah tapis still jerang air..x kisahlah..jgn obses yg berkaki 2 dan berskirt sudahlah..hahaha..

9 April 2012 pada 10:37 PG

ahhaha salesman tak reti bahasa,.

aaaa comelnyeeee mcm kakak dia

9 April 2012 pada 10:44 PG

chomel sgt!

akak terjebak juge beli yg ribu2 5,6 thn lps.. itupun rege member katenye. tapi tak servis pon.. selagi tak keluo ayor kunin/keruh lantak..

9 April 2012 pada 10:49 PG

comel...menongkat dagu dicelah ketiak bapak ;)))



oo, hang sebaya mamaAiAi la ye.. muda lagi ;P

9 April 2012 pada 10:57 PG

kamu pagi ahad..
kaklong petang sabtu..
ckp dengan anak2,pesan kat dia mama tidor..hahahah!

9 April 2012 pada 11:30 PG

tomeynyewww

9 April 2012 pada 11:38 PG

alalala..comelnya...

air syabas rupanya memang jernih, takde bau..tapi belum tentu bersih.. :D

9 April 2012 pada 11:53 PG

guna jugak penapis air kat rumah tuu..yg biasa 2 jer...

comeynya rase nk pici2 pipi dia tuu.dah lama tak ada anak kecikann...

9 April 2012 pada 1:07 PTG

penapis air harga ribu riban kosnya cuma puluh ringgit je. kononnya penapis air tu boleh merawat penyakit bagai walhal datangnya dari china jugak hee...
amboi cantik posing baby tu.. cute!

9 April 2012 pada 1:09 PTG

adik kecik...itu bapak kasi minum air apa?

hehe~~

9 April 2012 pada 1:20 PTG

aisyah irdina pun tahu betapa tak logiknya penapis air ribu riban tuh~

9 April 2012 pada 1:54 PTG

sama la....
teman pon idak pakai penapis ayor..
masak ayor dalam cerek atas dapor aje :)

9 April 2012 pada 8:59 PTG

isyh isyh anak hang bujalll....pandai sungguh bergaya...

9 April 2012 pada 9:17 PTG

comeinyeeeee!! hihihihi

9 April 2012 pada 9:49 PTG

mencikkan ngan orang jual penapis air, zaman dulu tak de pakai penapis pun hidup je dorang.rumah cik ina guna air paip terus.

comel nya aisyah irdina tejap je dah 24 hari : ).pandai wat tangan cam tu.

10 April 2012 pada 5:07 PG

belilah penapis air aljebbar, selain dari bersih, ia mempunyai ion2 negatif yg mampu menerangkan hati nurani lantas muka bertambah kacak!

anda buat, anda dapat!

10 April 2012 pada 1:21 PTG

hahaha macham2 hal....samapi termenung si kecik tu pikirkan masalah dunia

10 April 2012 pada 5:26 PTG

comelnya aisyah..

betul2 tp pada yg mampu lantaklah mereka nak pakai yg mahal punya..eh kita sebaya!hehe..

10 April 2012 pada 8:30 PTG

test market tuh..

10 April 2012 pada 10:12 PTG

24 hari?
amboi, gaya macam dah 2 bulan!
comel!

10 April 2012 pada 11:13 PTG

pernah 'halau' budak penapis air ni minggu lepas...hihi kesian, tp dah memang taknak...

11 April 2012 pada 12:13 PG

nasib baik tk beli penapis air ribu2 tu lagi..

aisyah mcm muka papa Ai Ai la...

11 April 2012 pada 10:02 PG

Eh. Ini adik Ainul yang baru kah?

13 April 2012 pada 8:47 PG

dia nak bayorkan duit kereta Merc 7 siri upline dia tu....

16 April 2012 pada 3:30 PTG

cumilnya baby posing..:)

slm kenal ye..:)

19 April 2012 pada 9:42 PG

sebelum sempat dorang bagi syarahan, saya akan kata tidak dan terus masuk dalam rumah.. walaupun ada jiran yang beli beribu-ribu penapis air dan bercerita kebaikannya tapi saya tetap menggunakan yang sedia ada.. saya tak mampu nak beli.. dari berhutang baik saya tak beli, kepala tak serabut nak membayarnya.. hikhikhik..

oh.. comelnya Irdina sambil menongkat dagu.. ;)

21 April 2012 pada 2:29 PG

keh keh keh..marketing strategy tu bang..marketing strategy..keh keh keh..

Catat Ulasan