Khamis, 31 Mac 2011

dedah bawa padah.

"ali,saya ada rahsia tentang diri saya yang hendak saya berkongsi bersama kamu."

"apakah rahsia itu umar? beritahu saya.dijamin selamat."

"saya ada kurap berdarah.jangan beritahu orang lain tahu!"
.
.
.
.
.
"hey ma'rof,ada rahsia umar yang saya harus beritahu kamu,jangan beritahu yang lain ya?"

"baiklah ali,apa rahsia umar?"

"umar ada kurap berdarah "
.
.
.
dan roda terus berputar.
.
.
.
.
di hari yang kemudian,

terpampang di muka akhbar :

UMAR NAZAK MAHU MATI KERANA KURAP BERDARAH.



rahsia.

kamu jangan jadi bodoh.



bukan lagi rahsia.

saya pelayan muzik justin bieber.

~~baby~baby~baby~oooohhh~~

Rabu, 30 Mac 2011

bobo yang penuh dengan keterujaan.

saya anggap kehidupan masa lalu adalah dalam warna hitam dan putih.


saya anggap bekalan air bersih di kolam datang dari parit di hadapan rumah.


saya anggap satria baja hitam itu wujud dalam dunia sebenar.


saya anggap rokok itu sejenis ubat.


saya anggap lembu adalah binatang buas.


saya anggap susu getah boleh diminum.

.
.
.
.
zaman budak-budak.

fantasi dan kebenaran bercampur aduk.

saya menghadam persepsi secara terus.

sebab yang tua-tua tidak membantu.

walaupun saya banyak bertanya.

ainul,

nanti jangan jadi macam abah kamu.

tanya sahaja.

insyaallah abah jawab.




ekspresi pagi ini :

bahagia sedikit.

sakit leher sudah kurang.

terima kasih semua.

pukul leher dengan bantal,

adalah placebo yang hebat.

~haha~
.
.
.
.
*placebo adalah apa?

sila google.

.

Selasa, 29 Mac 2011

saya punya sayang.

bunga itu cantik

bunga itu indah

bunga itu menawan


pelangi itu cantik

pelangi itu indah

pelangi itu menawan


permata itu cantik

permata itu indah

permata itu menawan


jika saya diarah untuk memetaforakan kamu

maka yang diatas itu semua tidak membantu

bagi saya kamu cuma satu

sampai akhir waktu

sampai hujung seru

saya cinta kamu
.
.
.
.
lizawatiku.



untuk mamaainul saya.

hari ini genap 27 tahun.

hujung minggu nanti abang masak tomyam.


ya.saya tiada berbelah tepi pada masa itu.




*tolong berikan saya petua untuk hilangkan sakit leher akibat salah bantal.

ubat doktor tidak jalan.

saya sedang dalam keseksaan sekarang.