Selasa, 14 Februari 2012

Dalam kenangan. Asnah binti deris.

dari Allah kita datang,

kepada Allah kita kembali.

sampai waktunya.

emak saya pergi menghadap ilahi.

mohon alfatihah dari kawan-kawan.

terima kasih.
d

Rabu, 8 Februari 2012

kerapuhan komitmen~

mana pergi semangat semasa mula?

mana pergi benci kepada buncit?

mana pergi perasaan mahu kacak lebih?

mana pergi kesedaran buruk lebih lemak?

mana?

mana?

mana?

timbang berat itu bising.

berat saya statik setelah sekian waktu.

tiada naik tiada turun.

saya cuma diam.

dalam hati ada sedikit kesal.

perlahan-lahan saya kumpul semula semangat yang bertaburan itu.

saat saya azam sedang tinggi.

otak sebelah kanan saya beritahu,

ayam goreng mencongkam oh yeah!


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
celaka.

nafsu-1

azam-0


*cik ina jangan marah.ayam goreng itu...saya tak tahan..

Rabu, 1 Februari 2012

gambargambaran.edisi penghargaan.

abaikan senyum saya,
abaikan ainul dan botol.
tumpu kepada baju.
jersi antarabangsa pertama saya.
amat saya menyayangi baju itu.