Selasa, 31 Januari 2012

keibubapaan.

orang itu tengok,

"ni anak lelaki ni.."

orang ini tengok,

"perut muncung ke depan.boy ni.."

cik ina tengok,

"lelaki tu.."

emak dengan kakak tengok,

"ainul bakal dapat adik lelaki.."

saya sudah ada seorang anak perempuan.

maka haruslah saya mengharap yang kedua adalah lelaki.

sudah masuk bulan yang ke tujuh,

kami pergi klinik buat imbasan jantina.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
perempuan.

insyaallah anak ke dua saya perempuan.

kecewa?

sekelumit tetap ada.

tapi saya masih waras.

tuhan bagi rezeki.

haruslah bersyukur kamu.





*saya mahu letak nama Aisyah Irdina.

**kakak singa,soalan saya hari itu serius.boleh kah??

Isnin, 30 Januari 2012

makan saya tahu.

samada kamu konsisten,

atau lakukan penambahbaikan,

insyaallah,

dengan izin tuhan maha agung.

pelanggan setia,

kamu berjaya.
.
.
.
.
.
.
.
uncle bob cuma tunduk.

mungkin diserang rasa bersalah.

manakala saya cuma mengeluh,

dan mengharapkan yang terbaik pada masa hadapan.

makin lama makin kecil

selalu goreng terlebih garing

salut tepung pun makin kedekut.

Khamis, 26 Januari 2012

kifarah.

cough~cough~cough~cough.


srott~srott~srott~srott.


hark~~~~~~~~


puih!!
.
.
.
.
.
.
.
.
tapi saya gagahkan diri,

bekerja hari ini.
.
.
.
.
harap kamu semua baik-baik.

tutup mulut kamu bila batuk bersin,

sentiasa cuci tangan,

jangan sombong dengan ubat.

srott~~

haih~

Selasa, 17 Januari 2012

masam manis.

hari ini sudah 17 haribulan.

tapi saya rasakan sesuatu yang tidak betul.

sepatutnya tidak begini.

kemudian Tan Bu Jang lalu.

saya kenyit mata terhadap beliau.

Tan Bu Jang seolah faham .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"you punya limau esok mari"
.
.
.
.
.
.
senyum terus saya.

limau mandarin tahun ini,

sampai lambat.

entah kenapa.

ainul athirah
genap 1 tahun 6 bulan.
selalu jaga malam.
haih~

Khamis, 12 Januari 2012

ayat.

kadang-kadang,

kita tersalah cakap tanpa sedar.

contoh :

kamu datang ke pejabat tanah tempat saya bekerja mahu buat urusan tukar hakmilik dalam geran.

kemudian kamu berkata kepada saya :

"saya nak tukar nama"

tidak betul walaupun ayat itu sebenarnya boleh difahami.

pelaksanaannya harus padan dengan objektif sebenar.

supaya nanti tiadalah salah faham menjelma.

biasanya bila berdepan dengan perkara begitu,

saya akan balas :

"kenapa dengan nama encik? tak sedap ke bunyinya?"

diikuti dengan gelak manja ikhlas dari saya.

dan kebiasaannya juga,

komedi saya itu dipandang sepi lengkap dengan penambahan ekspresi terpinga-pinga.
.
.
.
sebab bukan semua orang peka bahasa dan ayat.
.
.
.
.
.
.
.
.
lawak tidak jadi.

malu saya.

amat malu.

haih~


*alhamdulillah emak saya baik-baik sahaja.terima kasih kamu semua.

Rabu, 11 Januari 2012

rangkap kalut.

pok amai-amai
belalang kupu-kupu
tepuk biar pandai
emak upah susu


susu lemak manis
santan kelapa muda
adik jangan menangis
emak ada kerja

abah gelak,

kemudian abah pandang saya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"sejak bila kelapa muda ada santan??"

saya cuma melopong.
.
.
.
.
arwah abah orang fokus tangan tukang otak seni walaupun sekolah tidak tinggi.

saya bangga,

tapi kadang-kadang dengki.

he~






*ini tampalan berjadual.saya duduk hospital tengok emak.doakan emak saya cepat baik.terima kasih.

Selasa, 10 Januari 2012

oh hai~

saya tengok orang bonceng motosikal seperti kegilaan,
saya marah.
kemudian saya teringat,
dulu saya pun pernah macam itu.
terus saya kurang marah.

saya layan pelanggan buta arah terpinga-pinga muka kalut cakap serabut,
saya jengkel.
kemudian saya teringat,
dulu saya pun pernah macam itu.
terus saya kurang jengkel.

saya hadap budak kecil banyak cakap terus-menerus.
saya penat.
kemudian saya teringat,
emak saya cakap saya kecil pun macam itu.
terus saya kurang penat.

saya tengok kawan-kawan saya ada blog.
saya cemburu.
kemudian saya teringat,
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
rupanya saya ada blog sendiri,

keh keh~~

2 minggu gersang ilham~~