Rabu, 30 November 2011

tumpu.

FOKUS,

itu perkara senang.

mahu eja pun cuma guna 5 huruf.

dulu kawan saya bagi soalan uji fokus.

"sekarang kamu bawak bas,dalam bas ada 10 orang.sampai klang 2 orang keluar 4 orang masuk.sampai shah alam tiada siapa keluar 8 orang masuk.sampai petaling jaya 6 orang keluar 2 orang masuk.sampai kuala lumpur semua orang keluar 2 orang masuk..sekarang soalannya........sebutkan nombor kad pengenalan pemandu bas tersebut"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
saya terkedu.

tidak tahu hendak jawab apa.

rupanya fokus saya tidak sempurna.

dan fokus itu,

bukan kerja mudah.

lagi-lagi semasa 5 waktu.

haih~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
*siapa yang dapat jawab soalan diatas dengan hanya sekali hadap maka memang kamu seorang yang fokus!

Selasa, 29 November 2011

hari ini saya rajin mengemas kerana pagi tadi talian internet mengalami masalah.

(bukti)








*sebenarnya hari ni ada datang blog kamu semua tapi saya malu hendak berkomen.

tidak tahu mengapa.

Jumaat, 25 November 2011

tarikh tawarikh.

sedang bermesra manja abang-sayang,

sayang bertanya kepada abang,

tarikh kenal abang-sayang.

terdiam sekejap abang,

hari sekian bulan sekian tahun sekian.

jawab yakin abang,

sayang pandang abang,

abang menitik peluh sejuk,
.
.
.
.
.
.

"nasib baik betul"

senyum sahaja abang.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
sebab abang cuma serkap jarang.

abang seorang lelaki,

lelaki tidak berapa ingat tarikh,

lelaki tidak berapa ingat hari.

waima hari lahir sendiri.









*dekat rumah saya sedang berlangsung acara demam berjemaah.semua sudah sihat.cuma mamaainul masih demam sikit.sebab itu saya berapa hari malas menulis.

Selasa, 22 November 2011

advertorial.

kawan cerita kepada saya :

"kereta abang rosak.tolong boleh?"

kawan minta tolong,

haruslah saya bantu kan?

jadi kepada kamu yang mahu kelihatan "cool"

mari sini rapat sedikit,

kawan saya ada barang mahu jual,














nah,

sebuah tablet berjenama samsung galaxy tab p1000 untuk dijual.

tiada kotak,

cuma ada tablet dan pengecas bateri sahaja.

percuma diberikan sarung dan pelindung skrin.

jaminan pula masih ada 9 bulan.

mahal kah?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
RM1200 sahaja.

harga munasabah yang masih boleh dirunding.

sebarang pertanyaan,

komen atau emel sahaja ke bujal.x@gmail.com










IKLAN LAGI.

saya bakal menjalankan perniagaan aksesori dan perkakasan telefon bimbit  serta tablet seperti i phone,ipad,blackberry,galaxy tab dan pelbagai.kamu kawan-kawan saya bagi harga menarik.ada soalan/kemahuan sila beritahu.saya cuba carikan.

Isnin, 21 November 2011

pelanggan adalah raja.mereka sentiasa benar.(senyum)

inche' sini tonkongsil mana?

sori,apa?

tonkongsil.

tokong?

bukan..tonkongsil..

tonsil?

tonkongsil..tonkongsil!

uncle,apa tong you cari?

tonkongsil lah! itu tempat pintu cukey punya..

oh~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ton = town.

kongsil = council

tonkongsil = town council (majlis perbandaran)
.
.
.
.
.
.
rupanya orang dulu-dulu tak gemar guna perkataan "majlis perbandaran"

bertambah kaya perbendaharaan kata saya.

keh keh~

Jumaat, 18 November 2011

renjis/pilis/potong!

dia datang lagi.

dulu masa bujang,

saya tidak kisah sangat bila dia datang.

sekarang bini satu anak pula hendak masuk dua,

bila dia datang,

saya harus akur.

saya harus rela.

saya harus gembira

kita hidup bermasyarakat,

kita hidup bermuafakat.

kita hidup bersaudara.

dia makin dekat,

dia makin rapat,

saya intai isi dompet.

insyaallah cukup.

dia berada depan saya.

saya senyum.

saya ucap selamat datang.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
selamat datang hujung tahun,

selamat datang cuti sekolah,

selamat datang jemputan kahwin.

selamat datang tok mudim.

selamat datang.

ini baru jemputan dari kawan-kawan.

saudara belah sini belah sana belum kira lagi.

keh keh~

Khamis, 17 November 2011

Rabu, 16 November 2011

hipnosis.

dulu ada sekali arwah Atuk Rais datang rumah mak.

dia ada sebuah kereta usang,

mahu bagi kepada mak.

tapak tangan mak kecil,

lalu mak tadahkan nyiru.
.
.
.
.
mak tugaskan saya dengan abang long,

ikut arwah Atuk Rais ke Negeri Sembilan untuk ambil bawa pulang kereta usang.

perjalanan dari Kuala Selangor ke Negeri Sembilan ambil masa yang panjang.

kemudian esoknya secara tiba tiba saya dengan abang long adalah  peminat teras keras (hardcorefan) M Daud Kilau.

malah kami hafal lirik lagu-lagu popular beliau.
.
.
.
.
.
.
.
.
perjalanan dari Kuala Selangor ke Negeri Sembilan ambil masa yang panjang.

arwah Atuk Rais pasang satu kaset hits terbaik M Daud Kilau.

dan dimainkan kaset itu tanpa henti.

tanpa henti.

TANPA

HENTI.

ohoooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo
HOIII!!!!!!!!!!!!

Selasa, 15 November 2011

kerapuhan iltizam.

abang cakap dengan sayang,

abang sudah sampai seru.

abang mahu jaga makan,

abang mahu kurus,

abang tidak mahu obes,

abang mahu BMI yang ideal,

abang mahu elak penyakit.
.
.
.
.
.
sayang cakap sayang sokong sepenuh hati,

sayang tolong jaga makan abang,

abang sayang sayang.
.
.
.
.
.
.
.
abang dengan sayang pulang kampung,

jenguk mak jenguk saudara sini sana.

bangun pagi sayang tengok abang,

sedang sarapan banyak-banyak.

sayang tanya kenapa banyak makan.

abang cakap tidak tahan.
.
.
.
.
.
.
.
.
emak masak lempeng nipis rangup.

cicah dengan kari ayam pencen.

mana boleh derhaka.

keh keh~


nampak?

berkat jaga makan.

jam sudah longgar.

lengan sudah kurus.

lengan sahajalah~

perut masih boroi.

keh keh~






*kepala blog baru ditaja oleh caturist.siapa caturist? kami kongsi mak abah yang sama.keh keh~

Isnin, 14 November 2011

mengingati Abdul Karim Haji Kasim.

arwah abah sayang binatang,

dulu masa kucing arwah abah mati,

arwah abah menangis.

arwah abah juga tidak sampai hati tengok binatang lapar.

setiap pagi mak bungkus nasi lebih semalam.

arwah abah bawak tempat kerja.

bagi anjing berkeliaran makan.

saya tanya kenapa baik dengan anjing.

untuk bekalan akhirat arwah abah cakap.

saya diam,

kemudian arwah abah sambung ;

"nanti kat akhirat korang melintas titian siratul mustaqim tunggang lembu korban,abah naik anjing.laju sikit~keh keh~~"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
arwah abah,

kadang-kadang komedi.

arwah abah,

4 tahun sudah lepas.

rindu.

kami rindu.

Jumaat, 11 November 2011

semata-mata.

Abu kawan saya

Abu gila.

gila makan.

masa itu,

selesai saya amin doa selepas solat subuh,

Abu jerit dari luar bilik saya.

"Daud! jom keluar sarapan?"

malas banyak cakap,

saya ikut sahaja.

10 minit dalam kereta,

masih belum sampai tempat sarapan.

saya tanya Abu,

Abu cakap mahu sarapan jauh sikit.

kemudian saya bersandar terus lelap.

saya celik mata,

saya mengeliat sedikit.

jam sudah hendak masuk pukul 9 pagi.

Abu cuma senyum.

"sat lagi kita sampai~"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
pagi itu kami bersarapan koey teow sup.

pagi itu kami mengembara 142km.

pagi itu kami berada di Teluk Intan.

pagi itu kami cuma berkain pelikat,





*di depan bangunan persekutuan teluk intan ada medan selera.situ ada jual koey teow sup untuk sarapan.ada siapa pernah makan situ?

Khamis, 10 November 2011

hati kaca.

ainul usik barang saya,

saya marah,

saya tinggi suara.

ainul gamam.

muka cebik.

sembam muka ke tilam.

teresak-esak menangis.

kemudian saya rasa bangang.

herdik anak umur 1 tahun 4 bulan.

memang kerja orang bangang.
.
.
.
.
.
.
sesal disusuli pujuk.

percayalah,

pujuk budak kecil,

rasanya lagi susah dari memujuk kekasih hati.

tapi  Isaac Friedmann ada cakap :


"forgiveness is the sweetest revenge"


bila ainul senyum semula,


manis,


memang manis.




kami lahir bulan julai.

Dr Fadzilah Kamsah cakap,

orang julai orang pemaaf.

keh keh~

Rabu, 9 November 2011

gambargambaran.edisi 6.

fun fair padang pandamaran
ratu kebaya dengan cik ina mesti tahu punya.
tidak ada apa yang seronok.
bosan.


ilusi optikal.
kamu jawab kuah kacang dengan nasi impit.
tapi sebenarnya adalah kuah spagetti dengan puding entahapanamasayatidaktahu.


tanya budak-budak hari ini,
ada yang jawab pokok kentang.
keh keh~
buah ciku,
banyak budak-budak yang tidak pernah makan dan jumpa rupanya.
kasihan.


seluar dalam g-string saya pernah pakai tengok.
seluar dalam g- stering apa rupa?
kamu ada?
tunjuk sikit boleh?
keh keh~


bukan lembu sedih.
ini gambar lembu redha.
maka diet karnivor saya bermula.
peti sejuk penuh daging korban.

Selasa, 8 November 2011

naif.

ustazahentahapanamasayasudahlupa ada beritahu saya masa budak dulu,

angin ahmar adalah sesuatu yang amat bahaya.

definasi angin ahmar menurut ustazah itu :

"angin yang ditiup oleh syaitan pada lewat malam dimana siapa yang terkena boleh lumpuh"

oleh itu ustazah berpesan :

jangan keluar lewat malam dan jangan tidur dengan tingkap terbuka.

saya percaya tanpa persoalan.

kesannya saya jadi takut.

takut keluar lewat malam.

takut tidur tingkap terbuka.

bila saya sudah besar,

saya diberitahu angin ahmar itu sebenarnya adalah kamubacalahsendiri.

saya senyum.

ustazah rupanya sebar cerita karut kepada saya.

tapi saya tidak marah.

sebab didik cara saikologi itu kadang-kadang ada bagusnya.

keh keh~
.
.
.
.
.
.
.
tapi saya marah dengan Zamri Ramli.

bila langit malam jadi terang sebab pancaran kilat,

Zamri Ramli cakap itu sebab lampu limpah dekat lapangan terbang berkelip-kelip.

2-3 tahun juga saya percaya.

ceh!

Jumaat, 4 November 2011

rusuh.

ada temujanji pukul 10.

saya sampai 9.55.

orang yang mahu saya cari ada di tingkat atas.

atas sangat.

tekan butan lif.

lambat sangat.

saya tidak mahu mungkir janji,

mungkir janji kerja orang munafik.

kemudian saya tekan lagi butang lif.

pun lambat sangat.

hati panas.

saya tekan banyak kali.

makcik itu tegur saya :

"bawak bersabar,tekan 10 kali pun takdenye lif tu jadi laju.sabar nak.."
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tergesa-gesa,

kadang-kadang boleh buat kamu kelihatan bangang.

tahap atas sekali.




*siapa makcik itu? rupanya dia orang yang patut saya jumpa.keh keh~

Khamis, 3 November 2011

hari ini saya lambat.

memandu pulang ke rumah,

mamaainul mengidam lagi.

mahu makan pecal katanya.

singgah pasar malam jalan kastam.

bayar RM2.50 harga untuk sebungkus.

dalam kereta saya mengadu kepada mamaainul.

tentang harga pecal hari ini yang tidak relevan.

mamaainul tanya saya sepatutnya harga pecal adalah berapa.

saya jawab 80 sen.

kemudian mamaainul tanya bila kali terakhir saya beli pecal,

saya cuma diam.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
rupanya kali terakhir saya beli pecal adalah pada tahun 1995.
.
.
.
patut lah 80 sen.

keh keh~






*kenapa pecal mahal??

Rabu, 2 November 2011

catat.

katakanlah,

kamu sedang berurusan melalui panggilan telefon.

kemudian sipolan yang berada di talian sebelah sana beri kamu arahan,

arahan nya mudah,

datang ke pejabat dan pergilah kamu berjumpa dengan sipolan bin sipolan.

baiklah,

ini tips untuk buat kamu.

bila orang beri kamu nama melalui panggilan telefon,

ambil sedikit inisiatif.

gunakan sedikit kudrat kamu,

cari pen dan kertas.

tulis,

dan mintalah kepastian hakiki dari pemberi.

bahawa apa yang kamu catat adalah benar dari sudut ejaan dan sebutan.

supaya nanti tidaklah kamu seperti orang yang jumpa saya semalam.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
yang katanya mahu jumpa Encik Jamban.
.
.
.
.
jadah apanya orang nama Encik Jamban?

keh keh~















*yang dicari sebenarnya bukan encik jambam,tapi encik jamal.encik jamal tiada bekerja di tempat saya.orang itu sudah salah arah tuju dan sebagai seorang yang bukan melayu yang tidak fasih bahasa kebangsaan,tidaklah saya hairan sangat kenapa orang itu boleh salah sebut dan salah dengar.semua sebab kekangan penguasaan linguistik.

Selasa, 1 November 2011

hikayat seorang datuk super.

Haji Salim jalan-jalan.

Haji Salim singgah kedai.

Haji Salim belek-belek,

Haji Salim tertarik,

Haji Salim nampak cadar tilam bujang harga cuma RM9.90

Haji Salim bayar.

Haji Salim pulang.

Haji Salim sarung cadar baru.

Haji Salim tidur petang,

Haji Salim lena beralaskan tikar.

Haji Salim tidak guna tilam cadar baru.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Haji Salim punya anak menantu cucu pulang petang.

Haji Salim panggil cucu.

Haji Salim mahu cucu buat perasmian.

Haji Salim punya cucu guling-guling atas tilam cadar baru.

Haji Salim senyum.

Haji Salim kemudian baring sebelah cucu.
.
.
.
.
.
.
.
Haji Salim sayang kepada cucu.

Haji Salim sayang sangat kepada cucu.

haji Salim sayang sangat-sangat kepada cucu.

Haji Salim pengasuh ainul

Haji Salim jaga semenjak mamaainul habis pantang sampai hari ini.

Haji Salim jaga ainul berseorangan tanpa teman.

Haji Salim juga tidak pernah marah menantu.

Haji Salim seorang super.