Jumaat, 29 Julai 2011

saya,mamaainul,ainul dan.............

Photobucket

yang sebenarnya,

sayang saya cuma pada isteri seorang.

walaupun saya seorang yang mampu zahir dan batin (aum!)

saya tidak mahu mamaainul  diberi payung emas.

berat dan tidak praktikal.

okay,

yang sebenarnya,

 saya cuma mampu batin (aum!) sahaja.

zahirnya saya adalah seorang yang kurang harta kurang kudrat lebih lemak lebih berat.

tiada siapa mahu memikat saya.(~haih~)

entah kenapa mamaainul mahu kahwin dengan saya sampai sekarang adalah misteri.
.
.
.
.
.
.
.
sambung cerita pasal ainul.

sekarang ainul makin sensitif.

bukan sebab dia mahu dapat adik tiri.

tapi sebab dia mahu dapat adik kandung.


Photobucket

alhamdulillah.

mamaainul mengandung lagi.

aum!

rezeki.

yay!!








Khamis, 28 Julai 2011

mamaainul.saya sayang dua-dua.

anak saya ainul,

sekarang sudah satu tahun sebelas hari.

berjalan belum pandai.

gigi baru 4 batang.

sudah pandai main emosi.

ainul akan marah tiap kali mamaainul baring rapat dengan saya.

bawah ketiak sebelah kanan saya adalah milik mutlak ainul.
.
.
.
.
.
.
.
dan sekarang dalam benak pemikiran kamu :

"apa jadah cerita pasal anak?"
.
.
.
.
saya cuma senyum.

seribu makna.


kawan-kawan selalu tanya,

ainul sudah pandai apa

saya jawab :

"sudah pandai mintak adik tiri"
.
.
.
.
dan kemudian risiko untuk saya dipelangkung bini sendiri pada petang ini adalah amat tinggi.

~haha~



*mamaainul sekarang adalah pembaca senyap blog matcham-matcham.

Rabu, 27 Julai 2011

bujang.

duduk rumah bujang,

bermastautin di kota besar,

boleh dikatakan tiap hujung minggu kami terima tetamu tak diundang,

gores dan menang,

jurujual,

insuran,

minta derma,

orang sesat pun ada sekali sekala.

seperti kamu,

saya juga tidak suka dengan golongan yang menggangu keharmonian hujung minggu saya.

tapi kami ada teknik menangani mereka.

tiap kali pintu diketuk,

saya,shah dengan yus akam sambut mereka,

dengan hanya memakai tuala kecil.

jika gadis yang datang,

kami buat muka perogol.

jika lelaki,

kami buat muka nafsu songsang.

selalunya tak sampai 5 minit mereka akan berambus.

berkesan!

kamu cubalah~

Selasa, 26 Julai 2011

garam di mulut.

saya tengah hirup air susu tepung masa itu,

abang juki selak akhbar.

"hari-hari orang mati eksiden.."

"nak buat macamana bang~kadang-kadang orang tu da cermat habis,tapi sebab orang lain punya cuai,orang lain jadi mangsa."

saya cakap kemudian saya sambung hirup.

"ko tau apa kemalangan paling malang?"

"apa?"

"kemalangan paling malang adalah kemalangan yang berlaku lagi berapa meter nak sampai depan pintu rumah.tak ke super malang tu namanya?"

saya angguk dalam hati dan terus menghirup.
.
.
.
.
.
.
.
.
selang berapa minggu.

abang juki kemalangan.

berlaku lagi sepelaung sebelum sampai depan pagar rumah.
.
.
.
.
.
kamu jangan buat muka sedih sangat,

abang juki tidak mati.

retak tulang kaki sahaja.
.
.
.
saya datang jenguk abang juki bawa buah anggur.

abang juki pandang saya.

"gila masin kan mulut aku?"

"he~~super malang."

saya jawab pendek.

kemudian kami gelak besar.

bini abang juki ingat kami berdua kerasukan.
.
.
.
oh~

BERHATI-HATI KETIKA MEMANDU.

Isnin, 25 Julai 2011

hai,selamat petang.boleh saya bertanya?


siapa punya kerja?
.
.
.
.
.
.
hadiah g string makcik tersedia bagi yang mengaku.

kecanduan lagi.

masa itu saya dengan man,

kami masuk satu kedai.

"nombor 19"

saya dengan man cakap serentak kepada tukang jaga.

kami duduk berhimpit,

menghadap satu kotak depan kami.

"macamana?"

saya tanya man.

"mana aku tau.ingatkan ko terer~"

man jawab saya.

man cuit abang di sebelah,
.
.
.
.
.
.
.
"bang,kalau nak masuk internet macamana?"

abang itu cuma senyum kecil.

sambil mencelakakan kami dalam hati.
.
.
.
.
heh~

saya dengan man adalah manusia kasihan.

umur 21 baru mahu kenal internet.

kisah benar saya

~haih~

Jumaat, 22 Julai 2011

cerita dari tepi simpang empat.

tadi cuaca punyalah lawa,

cerah dan menarik,

ayam-ayam juga bersiulan gembira.

datang segerombolan awan hitam.

menggelapkan suasana.

titis-titis kecil mula turun,

menjadi besar dan laju dan lebat dan bising.

saya luluh.

saya pasrah.

saya terguris.

saya redha.

lagipun berdosa kalau saya menyalahkan tuhan.

air mata yang tadi saya takung,

akhirnya tumpah.

cuma lajunya tidak seperti rahmat tuhan yang sedang turun ketika itu.

abang sebelah tepuk bahu saya :

"sabarlah dik,kita senasib"

saya cuma diam.

melayan hiba.
.
.
.
.
.
.
.
.
kereta saya belum sempat pun keluar dari kedai pembasuhan.

hujan sudah turun.

melantunkan calit-calit tanah tepat ke jasad kenderaan yang ada.

saya rugi rm10

ya nasib.

haih~


saya taip perkataan "rain" dalam kotak carian google.

tapi yang banyak keluar cuma gambar lelaki diatas.




*kemudian kamu berkata basuh sendiri la bujal,kan free!
saya jawab sambil berbaring,maaf,saya bukan seorang yang rajin.haha~

Khamis, 21 Julai 2011

kasihan abang itu.

entah tahun bila,

saya masuk satu kedai makan,

*senduk nasi ceduk lauk siram kuah

saya pergi ke meja makan.

*duduk

meja sebelah saya ada satu abang berseorangan sedang termenung depan hidangan.

tiada saya hiraukan abang itu,

nasi masuk mulut saya,

kemudian abang itu tegur  :

"dik,nak tanya boleh?"

saya jawab guna kening yang diangkat. (emak tak bagi cakap masa sedang mengunyah makanan)

"macamana nak makan benda ni dik?"

cepat-cepat saya teguk air,(takut tercekik kerana terkejut)

abang itu mahu saya ajar dia cara makan siput sedut.

saya tahan gelak.

"hampir seumur hidup abang duduk luar negara.ni baru seminggu balik malaysia.tak pernah lagi rasa siput sedut."

saya rasa bersimpati,

kemudian saya buat demonstrasi makan siput sedut.

abang itu akhirnya menguasai kaedah pemakanan siput sedut selepas dua kali percubaan.

saya tanya sedapkah?

"heaven"

abang itu jawab pendek.

tengahari itu,

saya makan percuma.

abang itu belanja.

dan di hujung sudut meja,

cengkerang siput sedut terbaring puas sambil tersenyum.
.
.
.
.
.
seronok kena hisap barangkali.

ceh~


sekarang lupakan siput sedut.

kak ayu buat saya berkehendakan telur ikan mayong.

telur ikan yang amat susah nak jumpa di pasar.

kepada cik ina dodocheng,kalau makcik jumpa telur ikan mayong,tolong belikan untuk saya boleh?

saya tahu makcik rajin ke pasar.

~haha~

Rabu, 20 Julai 2011

nizam sani bukanlah seorang pensyarah di UPSI

mula :

12.45 tengahari.

tamat :

1.00 petang.

dari tengahari sampai ke petang baru selesai baca buku kawan

mukasurat 28,

cerita yang bawah sekali,

adalah yang paling saya suka.

dan kalau kamu mahu tahu,

cara tulisan saya diinpirasikan dari encik itu,

cuma saya punya panjang sedikit.

apa yang panjang?

~heh~

berinterpretasi lah kamu sesuka hati.

yang sudah maklum harap maklum.
.
.
.
.
.
.
tanya sama kamu,

kalau saya mahu buat buku juga,

kamu mahu belikah?


RM13 saya telah dilaburkan dengan baik sekali.

langsung tiada sesal.

Selasa, 19 Julai 2011

pangcualiti.

di negara jepun misalnya,

tren sampai tepat pada waktu,

lambat 30 saat pun sudah dikira berdosa.

manakala di tanahtempattumpahnyadarahku,

"jumpa kamu pukul 10"

maksudnya :
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
sori aku lambat,tadi ada hal sikt hjjkhjkwcjkljwl;kcjweclwm;jcwjknmcklwmcl;kweopjckwe;jk;jmwekwekl;
adawdjkl;cnowecdhwjZDNegdhwidfwem[jo;qzxbn9um,dwehjigdicdbsucpidnuqdu92nyzxd2y1098nyzxehfdio123nu89nnxdoyeqwbnxrybuzn2xyr8921n90x912378xrzn12389xb78tr12xbzr12n8rx19n8zxnxbz127yzxbn2310n893rnxzru290efhydf34y1idj3hdu13y48dejkwdjxioygcdehkqwm'cd54we6fwedfwekfjer.
.
.
.
sekian.


botol kamu,

minggu ini akan sampai agaknya.

Jumaat, 8 Julai 2011

sedap.

malam tadi lepas solat maghrib.

saya duduk depan meja makan.

selak tudung saji,

ada seketul tart keju dan sebungkus apam warna-warni.

kemudian televisyen tiba-tiba menjerit kepada saya :

"FUSION!!!"

terlondeh kain pelikat saya kerana terkejut.

"FUSION APA JADAH??"

saya herdik televisyen.

"penggabungan dua unsur boleh menghasilkan sesuatu yang baru dan hebat."

televisyen beri saya idea.

apam saya belah dua,

kemudian saya colek krim dari tart keju lalu sapu pada apam..

*masuk mulut.

sensasi rasa barat dan timur menerjah deria rasa saya.

rasanya amat sedap tahu!

air mata saya kemudian mengalir kerana terharu.


blog matcham-matcham akan berehat panjang.

saya mahu mengembara ke selatan .

akan bersiaran semula pada 19 julai depan.

maka pasrah lah kamu semua atas ketiadaan saya.


*gadis bunga,ibu n abah,pakcik gedek,boneka dalam chermin,miloais,nhalilah,tijah.
boleh bagi alamat kamu pada saya hari ini?

Khamis, 7 Julai 2011

keputusan.

tiada unsur kronisme,

tiada unsur favouritsm,

maka kamu yang  menerima botol air itu adalah :











emel butir kamu ke :

bujal.x@gmail.com

maka bagi menenangkan hati kamu yang tidak terpilih,

saya berkata :

redha sahaja,bukan rezeki kamu

bulan 7 tahun hadapan insyaallah,

saya bagi lagi.



*undian dibuat secara telus menggunakan true random number generator.



melankolik.

hari-hari saya makan.

hari-hari saya berselera.

hampir 27 tahun saya hidup.

cuma sekali sahaja saya putus selera.
.
.
malam 6 haribulan 7 2007,

masa itu perut lapar,



baru dua suap makan,

kak intan telefon :

"abah masuk hospital"

terus saya hilang selera.
.
.
.
.
hari ini 7 haribulan 7.

genap 4 tahun abah tiada.

7 juga angka kesedihan saya.

*kesat air mata.


ainul tidak sempat jumpa abah saya,

tapi alhamdulillah ainul ada lagi seorang atuk yang amat sayang dia.



alfatihah untuk arwah abdul karim bin haji kasim.
.
.



*7 orang yang berjaya dapat botol air matcham-matcham akan diumumkan pukul 4 petang nanti.

Rabu, 6 Julai 2011

saya mahu bagi.kamu mahukah?


saya ada 17 biji botol air seperti dalam gambar diatas.

10 orang telah mendapat kelayakan automatik untuk menerima botol tersebut tanpa sebarang syarat,

kamu yang terbabit diatas sila emel saya butir-butir di bujal.x@gmail.com

.
.
jadi ada baki lagi tujuh.

untuk yang mahu,

syaratnya adalah begini :

1.hendaklah meletak wajah saya di blog kamu,

2.buat entri puji memuji tentang saya.

3.bawak 10 orang untuk follow blog saya.
.
.
.
.
okay,

saya gurau.

abaikan syarat diatas.

kalau kamu sudi terima pemberian saya,

tingalkan sahaja komen kamu di ruang yang disediakan.

undian akan dilakukan secara rawak pada esok hari.
.
.
.
.
lalu kamu bertanya,

"sempena apa pemberian kamu ini bujal?"

maka saya jawab:

" 7 adalah angka kegemaran saya."

-saya lahir bulan 7.

-ainul lahir bulan 7.

-saya dapat kerja bulan 7.

Selasa, 5 Julai 2011

sabarudin.

granpa ainul cakap dengan sulaiman,

kemudian sulaiman cakap dengan mamaainul,

kemudian lagi mamaainul cakap dengan saya :

"firdaus bawak kereta laju,abah kecut perut."
.
.
.
.
2 haribulan tujuh saya ke pahang.

hantar sulaiman pergi nikah.

bawak granpaainul sekali.

dari pelabuhan klang sampai ke kuantan,

meter kelajuan kereta saya langsung tidak capai kelajuan lebih 100km/j.

sebab saya tidak mahu granpaainul kecut perut.

dan perasaan saya ketika itu,

adalah seperti "berak dengan perlahan supaya bunyi prek prak prok tidak kedengaran orang di tandas sebelah"

amat tertekan tahu!

tapi macam yang orang cakap,

sabar itu ada hikmahnya.

kerana,

jarak sepelaung sebelum sampai susur keluar temerloh,

ada perangkap laju.

maka saya selamat duit dari kena saman.
.
.
.
.
kurang lebih pukul 4 petang tarikh yang sama,

sulaiman selamat jadi suami orang.

alhamdulillah.



ke mana-mana pun,

tumpuan saya lebih kepada makan.

ikan talapia goreng dengan sambal tempoyak diatasnya adalah rasa yang amat bahagia.

Jumaat, 1 Julai 2011

pengunjung-pengunjung.

pakcik sulaiman lalu depan saya,

pakcik sulaiman berhenti sapa saya.

"asslamualaikum daus..waras?"

"waalaikumsalam..waras..nak gi mana man?"

"ngombek la...yok?"

saya senyum dan tolak baik pelawaan pakcik sulaiman untuk pergi minum pagi.

pakcik yang sedang tulis borang di hujung kaunter tegur saya :

"dik,kamu umur berapa?"

saya jawab 27.

"kenapa dengan orang tua tadi tu panggil nama je? tak boleh panggil pakcik ke apa?

saya senyum.

pakcik sambung cakap :

"dengan orang tua kena hormat dik.."

saya pandang pakcik itu dengan penuh kasih sayang dan buat penjelasan,

"memang saya panggil pakcik tu man..tapi bukan la nama dia..man tu kependekan dari perkataan paman..maksudnya pakcik dalam bahasa jawa."

"HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!"

pakcik gelak terbahak-bahak dan berlalu pergi.

entah kenapa dia gelak saya tidak tahu.

gelak untuk tutup malu barangkali.



fakta :

orang jawa adalah kaum yang paling bermuafakat.

betul saya tidak bohong.